Thursday, July 1, 2010

Ini Kisah Lampin Pakai Buang Seorang Anak

Hari ini mari kita bercerita tentang diapers. Ya, diapers!

*mommy mode is now turned on!*

Seperti yang kita sedia maklum, jenama yang telah diiktiraf sebagai diapers paling bagus dikalangan ibu2 moden ialah MamyPoko. Sekiranya anda masih belom sedar kenapa ia bagus sangat, mari saya beritahu kenapa.

1. Dia lah jenama paling mahal.
2. Dia menggunakan Pooh sebagai ambassador. Orang lain guna gajah, badak, semua takley lawan la.
3. Lembut halus dan mulus.
4. Pelekat velcro yang berkualiti.
5. Tahan kering lebih lama.

Saya penah menggunakan MamyPoko, tapi sebab dia mahal sangat saya keep on searching for other brand yang lebih murah dan setanding dengan MamyPoko. Memandangkan bontot anak saya itu tidak lah sesensitif mana, maka lebih senanglah keje saya membuat eksperimentasi terhadap beliau.

Antara jenama yang penah saya try selain dari MamyPoko:

1. Fitti
- Agak keras. Cutting dia slim so it fits better. Cuma harga tak la semurah mana dah nak hampir sama dengan MamyPoko pon ada.

2. Pureen Dry5 Premium
- Dalam banyak2, bagi saya inilah diapers yang paling hampir nak sama kualitinye dengan MamyPoko. Serious! Tapi tapi tapi, ianya agak sukar ditemui. Kalo tuan2 dan puan2 nak senang, ianya ada dijual di Jusco OU dan Midvalley kat baby's department. Harga dia pon tak murah sangat. Kalo nak beli, tunggu time Jusco buat sale baru berbaloi-baloi.

3. Drypers
- Tak best. Dah la guna pelekat selotep which I dont like.

4. Huggies Dry
- Haa ni murah. Tapi dia macam nipis dan macam kedekut sket rupa dia. Pakai siang okey lah ni.

5. Huggies Dry Comfort
- Macam Huggies Dry tapi lebih comfort (duhh) dan kurang kelihatan kedekut dengan harga yang mahal sedikit dari Dry.

6. PetPet
- Saya amatlah skeptikel dengan jenama ni mula2. PetPet? Macam nama ahli kumpulan Senario tu je kan? Tak bes langsong. Sehinggalah pada suatu hari yang damai, saya berjalan2 di sebuah kedai barangan budak, datang la promoter ni duk bodek saya suh beli. Dia offer baekk punya. Saya tengok sample pon macam okay. Pelekat pon velcro. Try je lah. Hasilnye, memang memuaskan!

Mulai saat itu, saya telah menjadi pelanggan tetap PetPet. PetPet jumbo size 80 keping kalo ada diskaun tinggal RM32.90 sahaja tahu. Bagus kan? Dah la diapers dia kaler purple suit muit gitu. And that's it. Good bye to MamyPoko.

No comments:

Post a Comment